TARIKH
: 20 MEI 2014 (SELASA)
MASA
: 2.30 - 2.45 PM
Setiausaha:
Ahli-ahli
Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Ahli-ahli Yang Berhormat. Dewan di sambung semula.
Ahli Kawasan Air Itam (YB. Wong Hon Wai):
Selamat
petang YB. Timbalan Speaker, dan rakan-rakan sekalian. Petang ini saya bangun
untuk menyertai usul terima kasih terhadap ucapan Tuan Yang di-Pertua Negeri
Pulau Pinang. Yang telah disampaikan kelmarin, di Dewan yang mulia ini. Dan YB.
Timbalan Speaker, saya rasa perbincangan kita pada pagi ini saya dengar banyak
isu-isu yang diketengahkan dan isu-isu nasional yang mempunyai kepentingan dan
isu-isu negeri yang mempunyai kepentingan umum. Dan saya ingin juga mengambil
kesempatan ini untuk membincangkan satu (1) isu yang saya rasa isu yang
penting, isu nasional dan juga isu yang mempunyai kepentingan negeri. Iaitu,
TPPA (Trans-Pacific Partnership
Agreement). Satu (1) perjanjian perkongsian Trans-Pacific yang sedang dalam rundingan pihak Kementerian International Trade. TPPA ini kalau kita
banyak membaca dalam artikel-artikel dalam rencana dan surat khabar dan dalam
pelbagai sumber bahawa ia akan mempunyai implikasi, implikasi yang besar di mana dua belas (12) negara
termasuk Malaysia dan juga negara-negara lain yang juga akan menyertai terhadap
Free Trade Agreement ini di
TPPA.
Walaupun saya faham yang perjanjian
TPPA ini lebih fokus kepada national issue yang telah diperdebatkan
secara hebat di Parlimen dan juga atas desakan Ahli-ahli Parlimen dari Parti
Pakatan Rakyat satu (1) caucus telah ditubuhkan antara Ahli Parlimen
tapi satu (1) atau saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk
memperdebatkan isu ini di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Kerana pada pandangan
saya, dia bukan sahaja ada international
interest, dia ada National Interest, dan
juga State Interest. Dan kerana free trade agreement yang sedemikian
yang melibatkan dua belas (12) negara dengan yang akan memasuki satu (1)
perjanjian yang akan mengikat terhadap banyak industri di mana akan dengan
pertama kali dengan begitu banyak negara dengan 800 juta penduduk 12 negara di
mana keluaran KDNK. US Dollar 47.5
trillion dengan memasukan elemen-elemen seperti buruh, alam sekitar, e-commerce, hak harta intelek,
telekomunikasi, syarikat milik kerajaan dalam TPPA ini.
Dari segi hak-hak negeri saya perlu
bangkitkan di sini bahawa ini bukan sahaja perlu diperdebatkan di Parlimen,
perlu juga di semua state assembly di
seluruh negara kerana kita seperti yang semua maklum adalah di bawah federal list Perlembagaan Persekutuan ada Senarai Negeri, ada senarai
Persekutuan, ada senarai Negeri dan ada senarai bersama. Isu-isu seperti hak
tanah, isu-isu tanah, isu-isu perhutanan, isu-isu alam sekitar, isu-isu seperti
perolehan kerajaan, statutory body
dan sebagainya adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Dan saya rasa
belum lagi kita mempunyai satu perbincangan yang serius terhadap TPPA di Dewan
Undangan Negeri Pulau Pinang. Belum ada satu perbincangan yang serius berkenaan
isu TPPA di semua Dewan Undangan Negeri di seluruh Malaysia. Kita hanya bincang
di peringkat Parlimen sahaja. Dan saya rasa pihak Kementerian International Trade, Perdagangan
Antarabangsa perlu adakan satu (1) mekanisme untuk engage dengan semua Kerajaan Negeri di seluruh Malaysia. Supaya
kita bukan sahaja apabila menandatangani perjanjian perdagangan, banyak isu
yang kita perlu selesaikan tentang bukan bukan sahaja isu tanah, isu perolehan
kerajaan, isu state enterprise, hak
intelek dan juga isu yang berkenaan dengan Kerajaan Negeri.
Dengan ini
saya mencadangkan kerana belum ada yang mempunyai isu yang begitu implikasi
yang begitu besar. Saya mencadangkan agar satu (1) National Council untuk TPPA perlu ditubuhkan. Sekarang hanya ada
satu mekanisme fokus diperingkat Parlimen sahaja. Perlu kita ada satu (1) National Council untuk TPPA. Iaitu
wakil-wakil daripada Dewan Undangan Negeri di seluruh Malaysia hantar wakil
untuk National Council TPPA dan
meneliti perjanjian, perkataan demi perkataan, line by line kerana ia akan mengikat, ia akan mempunyai implikasi
perdagangan, implikasi dari semua aspek dan of
course apabila kita open out membuka
free trade open out our borders
tentang perdagangan bebas ini, dia bukan sahaja impak positif terhadap sektor
perdagangan dan perindustrian, dia juga impak negatif terhadap peniaga-peniaga
kecil, petani-petani dan juga industri kecil-kecilan.yang mungkin akan
menghadapi masalah apabila perdagangan TPPA (Trans-Pacific
Partnership Agreement) ini dimuktamadkan. Oleh itu kita perlu, apabila
Obama datang ke sini kita dan saya juga lihat banyak perbincangan terhadap TPPA
tapi kita kurang engagement dengan
Kerajaan Negeri. Saya mencadangkan supaya satu (1) National Council untuk TPPA ini ditubuhkan supaya input-input
daripada Dewan Undangan Negeri di seluruh Malaysia di dapati.
YB.
Timbalan Speaker, saya juga ingin mengambil bahagian, belum datang lagi Ketua
Pembangkang. Tunggu dia, saya juga ingin membincangkan isu-isu seperti Strata Management Bill. Satu undang-undang
Strata Management Bill telah
diluluskan di Parlimen pada tahun 2013. Saya apabila meneliti Strata Management Bill ini satu akta
untuk membuat satu perundangan baru untuk pengurusan flat-flat, bangunan
bertingkat di seluruh Malaysia. Saya nampak Strata
Management Bill ini mempunyai banyak pembaharuan, banyak reform dari segi pengurusan flat. Tetapi
selepas satu (1) tahun, ia masih belum dilaksanakan, ia masih belum
dilaksanakan dan masih lagi belum diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri, bukan
sahaja Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tetapi juga Dewan Undangan Negeri,
negeri-negeri lain. Saya nak tanya, apakah status Strata Management Bill ini. Kerana jika kita tak lulus di peringkat
Dewan Undangan Negeri kita tak dapat melaksanakan Strata Management Bill, walaupun ia satu Akta Parlimen, dia perlu
mendapatkan kelulusan Dewan Undangan Negeri ini. Dan juga Dewan Undangan Negeri
lain. Dan saya nak dapat satu penjelasan kerana ada satu usul yang telah cuba
dibentangkan pada penggal lalu tetapi telah ditarik-balik pada saat akhir, tapi
saya jangka akan dibentang semula pada sidang ini, tapi masih belum nampak
bayangnya. Dan saya nak tanya juga mendapatkan penjelasan dari EXCO yang berkenaan. Apakah status Strata Management Bill yang bakal perlu
diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan apa juga status di Dewan
Undangan Negeri dan negeri-negeri lain?
YB.
Timbalan Speaker, saya juga merakamkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri
kerana mempunyai banyak perancangan tentang pembangunan di kawasan-kawasan
saya, kawasan Air Itam, dan juga kawasan kawasan berdekatan. Di kawasan Bukit
Gelugor dengan banyak infrastruktur dan juga dari segi pengangkutan yang
diumumkan, antaranya ialah tentang pelebaran jalan di Lebuh Thean Teik,
pelebaran jalan di Lorong Batu Lancang sedang dilaksanakan dan juga ada dua (2)
projek highway yang dipanggil Air
Itam Bypass yang sedang, yang telah diumumkan menghubungkan Bandar Baru
Air Itam dengan Jelutong Express
ataupun Tun Lim Chong Eu Express Way satu
(1) highway akan meleraikan trafik
dengan pembinaan highway ini, saya
rasa ia akan membantu dari segi peleraian trafik, free congestion, are
prevent free congestion dan juga
saya mengalu-alukan pengumuman tentang Paya Terubong paired road, walaupun ia di kawasan Paya Terubong, tetapi dia akan
sambung ke Kawasan Air Itam, dia akan dapat juga mengurangkan kesesakan trafik
di Kawasan Air Itam dan Paya Terubong. Saya rasa pengumuman-pengumuman
sedemikian adalah baik dan mengalu-alukan, saya mewakili penduduk-penduduk di
kawasan Air Itam mengalu-alukan pengumuman sedemikian dan saya juga mengambil
kesempatan ini mendapatkan schedule dengan
jadual masa yang bakal dilaksanakan untuk kedua-dua projek Air Itam Bypass
dan Paya Terubong paired road tersebut.
YB. Timbalan Speaker, saya juga ini
mungkin mendapatkan pandangan daripada Pejabat Speaker kerana saya terbaca
surat khabar Malay Mail pagi ini yang
menyatakan bahawa appraisal system for Penang State Assemblymen tajuk
dia dengan satu (1) ….(dengan izin) Penang State
Assembly has introduce a new appraisal system to access the quality of debate by the
forty assemblymen. Kalau dengan terjemahan Dewan
Undangan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan satu sistem penilaian untuk
menilai kualiti perdebatan empat puluh (40) orang Ahli Dewan Undangan Negeri.
Saya rasa ini adalah sistem yang baru. Tapi saya belum nampak, saya pun belum
ada atas meja saya apa-apa borang penilaian....(gangguan), saya tanyakan. Saya
pun belum tak dirujuk atau tak nampak borang penilaian tersebut. Mungkin boleh
kita dapatkan penjelasan tentang borang penilaian ini. Bukan kita menolak
borang penilaian, semua ADUN saya rasa kebanyakan, apabila kita bertanding
sebagai wakil rakyat, kita adalah sentiasa, setiap hari, setiap saat, setiap
percakapan kita atau setiap pergerakan kita adalah dipantau oleh orang awam.
Tetapi saya nak juga dapat tahu berikan borang input penilaian tersebut. Semua
kita tak dimaklumkan. Ada tak? kita tak dimaklumkan borang penilaian, kita
hanya baca dari surat khabar tentang adanya wujud borang penilaian
tersebut....(gangguan).
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Dato' Haji Mohd Salleh Bin Man):
Saya pun
ada terbaca dalam Sinar pagi ini. Ditunjuk oleh YB. Dato. Speaker sendirilah
ada dua kotak. Saya pun tak nampak lagi sampai sekarang di mana letaknya kotak
yang supaya diisi oleh orang ramai tentang perjalanan dan juga bagaimana
kedudukan Ahli-ahli Dewan. Saya pun tak nampak. Tapi dalam Sinar ada gambar
itu.
Ahli Kawasan Air Itam (YB. Wong Hon Wai):
Kita sebenarnya tak ada masalah tentang apa-apa sistem
penilaian. Tetapi hendaklah dijalankan dengan cara subjektif dan menyeluruh dan
juga mendapat input daripada ADUN-ADUN kerana kita yang dinilai.
TARIKH : 20 MEI 2014
MASA : 1445 – 1500
Kita kena perlu memberi input supaya input penilaian ini
dapat dijalankan menyeluruh dan saya juga melihat penilaian itu terhadap empat
puluh (40) orang ADUN termasuk Tuan Timbalan Speaker, termasuk YB. Dato'
Speaker, termasuk Pembangkang dan semua. Semua orang yang dinilai saya rasa ini
perkara yang mungkin perlu juga mendapat input
dan pandangan semua pihak saya nak juga. Tadi saya ada bincang dengan Berapit
untuk Bahasa Inggeris untuk Malay Mail
saya nak berikan sedikit 'Assemblymen dia tak
gender neutral' is you use the word, what's the better words? Assembly person
would be a better words ….(gangguan) elected representative is a better word kerana
assemblymen memang hanya merujuk
kepada lelaki sahaja, di dalam Dewan ini terdapat wakil rakyat perempuan juga
yang memperjuangkan hak-hak wanita, tadi Seri Delima membela hak wanita tapi
dia tak ada tak syok la, dia ada dia boleh tambah sedikit oleh itu dari segi
perkataan juga kita perlu juga guna perkataan yang gender neutral ...(gangguan) , bukan hanya assemblymen itu pandangan sedikit
tentang perkara ini. Ketua Pembangkang masih belum sampai.
Saya juga hendak
dapatkan maklumat ataupun input dari segi Penang Port kalau saya terbaca dalam
surat khabar bahawa terdapat management
yang baru terhadap Penang Port, kita pun hairan kenapa management yang baru terhadap Penang Port
dan tidak dapat maklumat. Surat khabar bertarikh The Star bertarikh 22 Mac 2014 menyatakan to announce the Federal Government, Ketua Menteri menyeru Federal Government, Federal Government have
being urged to announce the appointed new operator for the Penang Port, ada
Operator baru Penang Port tetapi tak ada pengumuman rasmi daripada Kerajaan
Persekutuan saya pun hairan Sea Port, laporan ini menyatakan bahawa pada
Januari 10hb Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd Director Dato' Mohd Sidek Syed Osman menyatakan bahawa Seaport
Terminal (Johor) Sdn.Bhd had been appointed to take over the operation of Penang
Port Sdn.Bhd on January the 9. Sejak 9hb Januari Seaport Terminal (Johor)
Sdn.Bhd telah take over Penang Port
dan tak ada kenyataan rasmi daripada Menteri berkenaan, daripada KSU berkenaan
atau daripada apa-apa information
rasmi. Oleh itu kita nak tanya apakah status Penang Port sekarang. Ini adalah
di bawah bidang kuasa Federal, di
bawah bidang kuasa Federal dan saya
nak satu penjelasan yang lengkap daripada EXCO berkenaan. Siapa yang
menguruskan Penang Port sekarang? Ini adalah berita yang saya paling akhir
terbaca 22 Mac selepas itu tak ada pengumuman rasmi daripada Federal Ministry sepanjang dua (2) bulan
tak ada siapa-siapa pun announce
siapa uruskan Penang Port kerana dia merupakan begitu infrastruktur yang begitu
penting kita nak tahu apakah cerita di belakang pelantikkan Seaport Terminal
(Johor) Sdn. Bhd dan siapakah Directors
yang duduk dalam board tersebut
kerana ia merupakan ia Penang Port merupakan satu Port yang begitu penting
untuk kita. Saya rasa ini kita perlu ada satu maklumat lanjut tentang
pengurusan yang Port yang diuruskan.
Di samping itu saya
juga ingin menyatakan tentang dasar penyewaan rumah oleh MPPP, baru-baru ini
saya menerima satu aduan daripada Nohniah puteh
@ Am Bin Nah yang telah menyera rumah
kepada Puan Teh Sun Sun seorang
waris kepada penyewa rumah MPPP yang beralamat di 147-H Jalan Padang Tembak,
pengadu ini telah menghuni di premis lebih kurang 50 tahun, penyewa Teh Sun Sun
telah menghuni di premis lebih kurang 50 tahun tetapi telah menerima notis
daripada MPPP untuk mengosongkan premis tersebut. Dia sudah duduk 50 tahun di
premis diminta oleh MPPP untuk mengosongkan premis yang di sewa dia dan diberi
notis dua (2) minggu dan saya rasa MPPP dari segi dasar penyewaan rumah, perlu
juga turun ke padang, perlu juga menjalankan interview tentang background
penyewa-penyewa supaya orang-orang yang perlu memerlukannya jangan dianiaya
kerana pada kes ini apabila saya menemu ramah pengadu ini, saya mendapati kes
dia memang kukuh, dia sudah menghuni di sana melebihi 50 tahun, walaupun rumah
itu bukan atas nama dia, dia adalah mempunyai hubungan persaudaraan dengan
penyewa asal, penyewa asal sudah meninggal dunia, saya rasa kes ini ada justification dan saya telah meminta
MPPP supaya menyemak semula dasar penyewaan rumah dan jawapan yang saya terima
daripada pengawai-pegawai berkenaan yang mungkin pegawai-pegawai bawahan itu
ada dasar yang sedia ada. Saya rasa dasar adalah dibuat oleh kita semua, kita
adalah pembuat dasar legislators
seperti kita kita duduk di Dewan ini buat dasar dan pegawai-pegawai mengikut
dasar yang kita merangka dan saya meminta MPPP supaya menyemak semula dasar
penyewaan rumah, supaya orang-orang yang sudah duduk lama seperti Teh Sun Sun
ini menghuni melebihi 50 tahun supaya dapat ditukar nama dia kepada sebagai
penyewa dan bukan menerima satu notis keluar dari MPPP hanya bagi tempoh dua
(2) minggu sahaja, saya minta satu penjelasan tentang kes ini.
Berbalik kepada
kes-kes pembangunan saya tertarik Ketua Pembangkang menyatakan Seri Tanjung
Pinang I dan 2 tentang projek-projek mungkin Ketua Pembangkang tidak realist
projek-projek itu telah ditandatangani semasa sewaktu Kerajaan lama di mana
beliaus seorang EXCO sewaktu Kerajaan Barisan Nasional terdahulu. Walau
bagaimanapun saya ingin membincangkan satu kes tentang redevelopment of Royal Malaysian Air Force (RMAF). Saya baca dalam
surat khabar, saya baca dalam surat khabar cadangan redevelopment of Royal Malaysian Air Force di Butterworth di RMAF base dan projek ini dikatakan bernilai
13 bilion, 13 bilion kemudian involve
land swap covering the 558 hektar dan tiada pengumuman terhadap perkara
ini, perkara ini dibongkarkan apabila Ketua Menteri mengadakan sidang akhbar pada
18 Mac 2014. Ketua Menteri meminta jawapan tentang RMAF base itu.
Kemudian saya baru baca baru kawan-kawan kita dari Tasek Gelugor MP for
Tasek Gelugor dan muka Ketua Pembangkang dalam gambar ini dan juga Permatang
Berangan dalam gambar ini juga, Sungai Dua dalam gambar ini juga dan semua
dalam gambar ini baru kita tahu bahawa apabila kita membongkarkan dia baru
kawan-kawan kita sebelah baru tau ada satu projek mega development di RMAF base
dan saya rasa perkara-perkara begini how
come there no consultation dari Federal
Minister? Mengapa Federal Minister tidak consult kawan-kawan kita
Sungai Dua tak consult, Permatang
Berangan tak consult, Telok Ayer
Tawar projek yang begitu besar dengan melibatkan TSR Capital Bhd. Lembaga
Tabung Angkatan Tentera dan Pembinaan Bukit Timah Sdn. Bhd., tak ada consultation, announce begitu saja kita
bongkar baru kita tau apabila kita Ketua Menteri membongkar perkara begini baru
kita tahu....(gangguan)
Ahli
Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Dato' Jahara Bt. Hamid):
Penjelasan. Saya minta
diperbetulkan beberapa fakta di sini Air Itam ya. YB. Dato' Speaker setelah
dibongkar oleh Ketua Menteri itu perkataan yang disebut oleh Air Itam
sebenarnya bongkar maksudnya benda baru, baru diketahui, kita dah buat press statement sebelum, ini yang baru
keluar sahaja yang terbaru kita buat, tapi sebelum itu Ahli Parlimen Tasek
Gelugor, ketiga-tiga ADUN dalam Parlimen Tasek Gelugor telah pun menyatakan
bantahan dan memang kita di sini tidak ketahui, tidak dirujuk dan perkara macam
ini tidak seharusnya berlaku, benda yang tak betul pun kita kena bentangkan,
kita kena nyatakan tak betul, kaedahnya tak betul dan sebab itu kita buat
bantahan dan kita semua tidak setuju di atas rancangan untuk memajukan tapak
TUDM itu dan setelah kita buat bantahan cara dalaman dengan berjumpa dengan
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan semua pihak-pihak yang terlibat
telah pun diadakan, tapi sehubungan dengan itu juga saya ingin menyatakan
kekesalan bahawa ada Ahli Dewan Undangan dalam Dewan ini mungkin tak ada di
sini sekarang yang membuat kenyataan di khalayak ramai dihadiri oleh beribu
orang menyatakan bahawa kami tiga orang ADUN dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor
dah menjual tapak TUDM kepada syarikat kroni, ini adalah satu fitnah
pembohongan yang keterlaluan. Saya nak cabar dia suruh tunjuk bukti, tunjuk
bukti kalau ada bukti kami tiga (3) orang rela letak jawatan, sekiranya kami
terlibat. Terima kasih.
Ahli
Kawasan Air Itam (YB. Wong Hon Wai):
Terima kasih atas
penjelasan, saya pun hairan tadi dalam ucapan Ketua Pembangkang tadi yang
Seberang Jaya ada tapi Ketua Pembangkang tidak bangkitkan isu ini tapi sekarang
telah keluar dan saya juga ada terbaca tentang notis-notis ini, kita boleh I mean membuat pendebatan tentang isu
sedemikian kerana ia melibatkan State
National Interests atau isu RMAF ini
melibat State National Interests tempatan dan saya rasa perlu juga bukan sahaja
Kerajaan Negeri perlu di consult
perlu dirujuk saya merasa kesal terhadap menteri berkenaan, Kementerian
pertahanan saya rasa, Kementerian Pertahanan yang beria-ria nak melaksanakan
RMAF pembangunan semula RMAF base
dengan menggantikan dengan land swap,
bukan sahaja land swap saya rasa dia
nak bina integrated mixed project with GDV value
of more than 10 billions
Ringgit dalam perancangan. Saya meminta supaya Kementerian Pertahanan,
Menteri Pertahanan memberikan satu penjelasan of course di Parlimen. Kita perlu Ahli Parlimen mendapatkan
penjelasan tentang perkara ini kerana melibatkan National Interest dengan MH370 ini apabila kalau terbang MH370 yang
melalui RMAF Butterworth yang radar pun kita walaupun mungkin dikesan, tak
kesan kita pun tak tahu, ini misteri ia sudah menjadi satu misteri kerana RMAF
Butterworth MH370 dilaporkan melalui RMAF Butterworth, radar pun kesan tak
kesan tak tau. Itu satu question mark
misteri bukan sahaja radar itu satu misteri, tetapi penjualan tanah juga
misteri penjualan juga satu misteri kita juga tak tau ada satu bagaimana
berlaku apakah projek apakah tugas dia,
TARIKH :
20 MEI 2014 (SELASA)
MASA :
3.00 PM 3.15 PM
you know kerana ini pula nak keluar legal notis. Janganlah keluarkan legal notice kena minta pergi, pergi jumpa Menteri
Pertahanan untuk hentikan projek ini dan dapatkan penjelasan lanjut bagaimana
ini berlaku. Saya rasa perkara ini penting National Interest kerana ada RMAF telah
wujud di Butterworth berapa lama 50 tahun ada? Dulu Australian, Australian
Air Force, mungkin you lebih tau daripada saya 51 tahun. So lama semenjak dia mempunyai
kepentingan nastional janganlah janganlah Kementerian Pertahanan bekerjasama consortium-consortium, big time developer
untuk mendapatkan tanah kita dan pi national
interest membuat rumah-rumah mewah melebihi RM10 bilion, saya menyeru semua
pihak, bukan saya sebelah sini sebelah sana juga sama-sama kita meminta
kementerian pertahanan untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada mereka. YB.
Timbalah Speaker dan saya juga....(gangguan).
Ahli Kawasan Machang Bubok (YB. Lee Khai Loon):
Minta penjelasan. Terima kasih YB. Air Itam, terima kasih
YB. Timbalan Speaker saya tertarik dengan isu ini dan saya rasa tadi untuk
Ketua Pembangkang DUN Telok Ayer Tawar pun ada membangkitkan tentang isu, di
mana ketiga-tiga wakil rakyat di kawasan itu pun tidak dirujuk dan juga diminta
ulasan. Saya rasa adalah penting dalam Dewan ini dengan kita berharap supaya
Kerajaan Negeri yang akan memantau tentang transaksi tanah tersebut khasnya ini
adalah tanah yang dimiliki oleh rakyat, tanah rakyat ada apa-apa pembangunan
nak dijalankan ia mesti melalui satu proses yang terbuka dan rakyat ingin tahu
apa yang akan dijalankan di kawasan sana. Saya rasa Ayer Itam bangkitkan isu
ini sangat penting untuk kita semua tahu bahawa rakyat Pulau Pinang ini memang
prihatin terhadap tanah tersebut dan sekiranya ada apa juanya pembangunan yang
akan dilaksanakan pada hari yang akan datang, saya rasa pihak PBT dan juga
pihak Kerajaan Negeri pun akan memantau dan juga meluluskan projek
tersebut. Oleh itu saya rasa perkara ini
bolehkah Air Itam terima cadangan supaya projek ini atau tanah tersebut, apa-apa jenis pembangunan itu perlu dibawa
dirujuk kepada bukan sekadar ADUN kawasan atau Ahli Parlimen Kawasan tetapi
Kerajaan Tempatan dan juga Kerajaan Negeri.
Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Dato' Hajah Jahara Binti Hamid):
Saya nak tanya Air Itam YB. Dato' Speaker sama ada Air
Itam setuju kalau kita membawa satu usul di bawa Dewan ini untuk membantah
sebarang pembangunan ke atas tanah TUDM.
Ahli Kawasan Air Itam (YB. Wong Hon Wai):
Pembangkang kena draflah, kita lihat bagaimana, I mean pembangkang you kena draflah kalau you
propose you draft then we see how the
wording.....(gangguan).
Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):
Minta laluan sedikit, sebelum kata sokong, tak sokong,
saya kena tahu pendirian, pendirian adalah ketiga-tiga buat bantahan kerana
tidak dirujuk pada ketiga-tiga ini dulu atau ketiga-tiga ini buat bantahan pada
projek ini, yang mana satu, kalau kerana tidak rujuk pada ketiga-tiga saya tak
sokong, kerana mengapa iaitu kata orang Cina kata belum ...(cakap loghat Cina)
sama saya you sudah jual itu sekarang
jikanya bantah kepada pembangunan di sana itu lain cerita yang mana satu so supaya semua dalam Dewan ini tahu dan
faham prinsip and a desire.
Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Dato' Hajah Jahara Binti Hamid):
Penjelasan. Terima kasih YB. Dato' Speaker dan Air Itam.
Usul kita ingin bawakan adalah kerana kita membantah sebarang pembangunan ke
atas tapak TUDM itu, bukan kerana tak dirujuk. Jadi saya minta sokonganlah pada
semua dalam Dewan ini, supaya usul tu dikemukakan nanti.
Ahli Kawasan Air Itam (YB. Wong Hon Wai):
Ya, YB. Tuan Speaker I mean selain
daripada isu-isu pembangunan yang saya bangkitkan tadi tentang TPPA, tentang
RMAF, dasar penyewaan rumah dan juga strata management bill. The
appraisal system for
Penang assemblymen
dan sebagainya saya juga ingin memuji Kerajaan Negeri kerana ada insiatif
dari segi Community Goodwill program-program
Community
Goodwill yang telah dipelopori dan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri
kerana Ahad lalu kita Kerajaan Negeri menganjurkan State Wesak Day, State Wesak
Day dianjurkan oleh Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri juga menganjurkan Hari
Gawai dan Kaamatan di Esplanade dan saya rasa Hari Wesak Day dan juga Hari Gawai dan Kaamatan adalah
satu good move kerana ia bukan sahaja
merapatkan perhubungan antara kaum dan juga memberikan pengiktirafan kepada
agama-agama dan juga praktis amalan-amalan kebudayaan semua kaum kerana sebelum
ini kita tak ada Wesak Day peringkat negeri State
Wesak Day yang dikeluarkan yang ditaja oleh kerajaan sebelum ini tak ada State Wesak Day sebelum ini hanya Buddhist Temple dan juga Buddhist Organisation menganjurkan Wesak
Day mereka sendiri tapi sejak 2012, Kerajaan Negeri mengeluarkan wang dan juga
menaja State Wesak Day. Saya rasa ini
satu langkah yang baik dengan bukan sahaja memberikan pengiktirafan sepatutnya
kepada semua bukan sahaja ada Hari Raya Aidilfitri, bukan sahaja ada Deepavali,
Thaipusam yang ditaja oleh Kerajaan Negeri, Wesak
Day juga ditaja State Christmas Open
House kita juga menunjukkan contoh kepada kawan-kawan kita dari Sabah dan
Sarawak. We are the part of the
federation, kita sebahagian daripada Persekutuan. Kita hendaklah selalu
ingat kita sebahagian daripada Persekutuan ramai penduduk-penduduk dari Sabah
dan Sarawak yang bekerja di Pulau Pinang ramai yang jadi jururawat banyak di
hospital swasta sini, but ramai jururawat daripada Sabah dan Sarawak
ramai juga mereka yang bekerja-bekerja di kilang-kilang kita dan kita
menganjurkan satu Hari Gawai dan Kaamatan buat pertama kali dalam sejarah Pulau
Pinang. First time State Government
organize State Hari Gawai dan Kaamatan ini satu petanda yang bagus saya
rasa program-program community goodwill ini
hendaklah diteruskan, hendaklah diteruskan supaya bukan sahaja hendak celebrate the diversity dengan
kepelbagaian supaya kebudayaan dan juga kita lebih lagi kaya dan dengan ini
saya ucapkan terima kasih kepada semua dan saya mohon menyokong.
No comments:
Post a Comment